Isnin, 1 Oktober 2012

Aku dan FAREEDA


Assalamualaikum W.B.T

Firstly, tak tahu nak mulakan entri mcmane..ohh,inilah satu kelemahan aku yang korang sume perlu tahu ye..sgt mendukacita kan..lagi2  bila buat karangan BM masa sekolah rendah dulu..sebab ue la penulisan aku dpt B,rasa mcm x belajar plak..lagi2 bila anak cikgu BM dpt B masa UPSR..hehe..sadis betul..

Kewujudan blog nie pada mulanya hnyalah sekadar pengaruh rakan2..owhh,aq nie memang pantang bab2 bnda cmnie..mudah sgt ter Influence..hehe..dulu bila orang ada MY SPACE,aq pun create akaun gak untuk MY SPACE, bila orang ada FRIENDSTER, aq pun create gak..tapi sume ue da KELAUT korang nak taw x..sebab apa.??..sebab aq pun xtaw knapa..mungkin FACEBOOK da megatsi segalanya kot..(ayat aq mcm nk bajet giler kan???)..tp itulah knyataan yg aq perlu hadapi..hehe..

Ehh..apakah terlalu pnjang sgt mukadimah ini??..ue la korang aq nie pemalu..tp bila tgn aq da menaip..susah nak brhenti..haha..ok,berbalik pada tajuk diatas ye.."AKU DAN FAREEDA"..rasa mcm terpanggil plak nak tulis etri pasal FAREEDA nie...(malunyerr..ekekeke)..:-)

Perkenalan aku dengan tudung jenama FAREEDA nie bermula sejak akhir tahun 2011, aku ni hnyalah seorang mahasiswa yang bergantung sepenuhnya pada PTPTN.Aku memohon pinjaman PTPTN bukan disebabkan keluarga aku tidak mampu utuk menanggung pengajian aku tapi sebaliknya aku sudah tekad dalam diri untuk tidak menyusahkan kedua ibu bapaku,duit pinjaman aku gunakan untuk benda yang penting sahaja, jadi keinginan untuk memiliki tudung Fareeda terpaksa aku lupakan, cukuplah sekadar melihat orang lain memakainya.Hampir setiap hari aku membuka laman FB untuk melihat koleksi tudung FAREEDA yang terkini dan setiap rekaan yang dikeluarkan oleh FAREEDA aku tahu namanya.Aku memasang impian untuk memiliki tudung ini sejak saat itu, hendak dijadikan cerita, ketika aku melayari laman FB , aku terjumpa satu komen    yang menyatakan bahawa pihak FAREEDA SCARF sedang membuka permohonan untuk menjadi reseller.Walaupun aku tahu peluang untuk menjadi seller adalah sangat tipis, aku cuba juga untuk menghantarnya, soal dapat atau tidak yang penting aku sudah mencuba.

Sebulan selepas itu, aku mendapat panggilan dari nombor yang aku tidak kenali.Dia menyatakan bahawa permohonan aku untuk menjadi RESELLER SAH FAREEDA sudah berjaya.Alangkah gembiranya aku ketika itu, aku perlu mengambil stok pada tarikh yang telah ditetapkan. Aku gembira bercampur resah kerana aku memikirkan dimana duit permulaan modal yang perlu aku dapatkan.Aku memberitahu soal ini kepada teman lelaki ku, Alhamdulillah dia menyokong sepenuhya apa yang aku ingin lakukan. Aku terpaksa menjual cincin yang diberikan oleh teman lelaki ku dengan keizinannya gara-gara aku kekurangan modal pada ketika itu.Perkara inilah yang sangat menyedihkan bagi aku dan aku berfikir mungkin ada hikmah disebalik itu.

Waktu yang dinantikan pun telah tiba, aku berjaya mendapatkan stok FAREEDA buat kali pertama. Perasaan aku bercampur baur, gembira, sedih, takut.Macam-macam yang aku fikirkan, mampu ke aku melakukannya?.Alhmdulillah, rezeki itu ALLAH sudah janjikan untuk orang yang bersabar, dengan untung menjual tudung ini aku berjaya memiliki tudung yang selama ini menjadi IMPIAN aku iaitu tudung FAREEDA,NYATA JELITA. 





Nampak x gaya penulisan aku??..sangatlah skema ok!...agak2 ada org nak baca x??..mnelah taw owner FAREEDA scarf PN Faridah zakaria baca an??..x mustahil..huhu kadang2 aku rasa aq nie mcm ada 2 personaliti yang berbeza..hehe..aku cool ok tp kadang2 aq boleh jd serius..huhu..yelah, tak kenal maka tak cinta..kalo korang da kenal abislah..hehe..:-)..so kesimpulannya, xde pape benda kat dunia nie kita x boleh capai..yg penting usaha dan trus usaha..jgn putus asa..korang yg bca blog aq nie doakan aq bjaya ok..luv u la..hehe..


kan aq kta aq cool ko x cye..hehe





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...